Isnin, 27 Februari 2012

GUBAHAN HANTARAN

GUBAHAN HANTARAN

Akk sebenarnya tak kisah sgt pasal harga gubahan ni...Akk based pada bajet customer. Kebiasaannya, customer ni akan request mcm2 idea dan design. Tu semua bisa diatur. Cuma, akk boleh bagi range harga mengikut pakej yang telah akk tetapkan ikut design akk. Actually, harga gubahan akk tak fix, ikut kemampuan customer. Harga yang ditawarkan mestilah berpadanan dengan hasil kerja akk. Kalau customer nak harga RM 15 pun bolehhhh...Akk buat design based on RM 15 tu lah... Jadinya, kpd bakal2 pengantin di luar sana, jgn pressure sangat pasal harga2 tawaran pakej ni, itu semua kita blh adjust, cuma akk siapkan harga berpakej ni, sbb senang nak kira... Ok, luangkanlah masa anda untuk melihat koleksi2 kerja tangan akak menggubah di bawah nii... Layaaann.......

Harga Pakej (Sewaan dulang yang berhias bunga)

(Tidak termasuk gubahan khas untuk kain, telekung dan gubahan yang berconstruction seperti burung coklat, buah2han tuala, bunga telekung dan seangkatan dengannya)

5 SET GUBAHAN TERMASUK BEKAS DULANG
Bunga Artificial RM 200 (satu bekas RM 40)
Bunga Segar RM 300 (satu bekas RM 60)

7 SET GUBAHAN TERMASUK BEKAS DULANG
Bunga Artificial RM 280 (satu bekas RM 40)
Bunga Segar RM 420 (satu bekas RM 60)

9 SET GUBAHAN TERMASUK BEKAS DULANG
Bunga Artificial RM 320 (satu bekas RM 40)
Bunga Segar RM 540 (satu bekas RM 60)


Harga pakej tertakluk kepada design sedia ada. Harga tambahan akan dikenakan sekiranya customer mahu 'custom design' dan harga bergantung kepada kos bahan2.
Pelanggan hanya perlu memulangkan semula bekas/dulang hantaran.
Gubahan hantaran akan dilapik bekas polistrin, dan boleh dibawa pulang.

Akk malas nak simpan gubahan2 bunga hantaran ni, buat menyemak jer. Lagipun, customer akan pilih warna tema yang berbeza. So, lebih baik u alls ambik bunga2 tu, bawak jer balik. Hias rumah u alls nnt... hehehe...Akk juz untung pada upah gubahan tu jer...Tak kesahhh..janji untung sikitt...

Kebiasaannya, set barang-barang hantaran perlulah diserahkan pada akk seminggu sblm tarikh majlis. Barang-barang hantaran zaman sekarang ni, macam2 la dikkk, pelik-pelik dan canggih-canggih... Akk listdown kan barang hantaran yang biasa dibuat gubahan:

1. Sireh junjong
2. Mas kawin / duit belanja
3. Barang kemas
4. Sepersalinan kain / telekung
5. Kasut / beg / tali pinggang
6. Kek / kuihmuih
7. Coklat / manisan
8. Buah2han

Barang2 terkini utk trend 2012:

1. Henfon
2. iPad/Tab
3. PSP
4. GPS
5. Kunci Kereta
6. Kunci Rumah
7. Gold Bar

Huuuuiiiiiiiiii....bestnya kawen zaman sekarang ni....macam2.... Hmmm, 10 thn akan datang, taktau lah apa plak barang yg akan diletak atas dulang hantaran nii....Masyallahh.....

Bekas gubahan tertakluk kepada pilihan sedia ada:




CONTOH-CONTOH HASIL KERJA iFUSION CREATIVE:

Customer ni cuma nak 4 bekas jer, tapi nak bunga besar2. Beg + kasut, perfume, kain ngn satu bakul buah. Harga custom design camni ni RM 350 utk 4 bekas. Itu harga yang dia mampu. Akk ok jerr. Sireh junjong lain rege. Buah takde, sbb akak suruh customer beli kendian. Tapi, akak dah siap2kan bagi kain net utk dia alas buah2 tu nnt..






Sireh Junjung : RM 100 (2 tingkat bunga segar)
Harga biasa dari RM 50, ikut la semahal mana yang customer nak......



Yang ni rege dia RM 80, sebabnya, customer bagi kotak ukiran tu... akak just deco utk buat sireh junjung je...lagipun, yg ni complete ngan pinang, kapur n cengkih. so, mahallah sikit.

Set utk 3 bekas ni jer, akak charge RM 160 utk gubahan bunga segar dan tak termasuk sewa lapik dan alas. Cuba la tgk alas tu, kan cacamerba kalernya. Ada putih, ada gold... Jangan konpiusss yerrr. hehee. Customer ni dah ada set dulang dia snd...



Ahad, 26 Februari 2012

Booth Kebajikan HUKM

JUALAN AMAL UTK PESAKIT-PESAKIT HUKM, CHERAS
TARIKH: 23 Feb 2012


Akak ngn member buat jualan amal di HUKM. Kami jual bunga, sambil2 tu, promotlah pakej perkahwinan...Sambutan alhamdulillah.. Nak tunggu join Pameran Pengantin, tak tau lah tahun bila dapat.. actually, offer dah ada, cuma ongkos la plak tak hadoo... (Sedeyyy). Walaumcmne pun, kami happy jgk. Sbbnya, dapat jugak tangkap 2 3 customer... Sambil menyelam, sambil minum air... Kalu ada anda diluar sana nak beli bunga @ nak tempah gubahan bunga, call lah saya. Penghantaran di KL adalah percuma (we meet somewhere: lokasi akan dinyatakan atas perbincangan)...










Selasa, 21 Februari 2012

Makeup by Ida Idris


Customer : Ilyani (Habib Jewel)
Event : Dinner Makeup
Date: 20.2.2012


Customer : Norhana Othman
Event : Theme makeup (Merak)